Isnin, 13 April 2015

BAGAIMANA TOWER KREN DIBINA?







10 BANGUNAN TERTINGGI DI MASA HADAPAN

Jom kita saksikan 10 bangunan yang akan mencatat sejarah sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia pada masa hadapan. Daripada 10 yang tersenarai 7 adalah dari negara China. Rata-ratanya pembinaan akan siap seawal tahun 2016 hingga tahun 2020. Mungkin nie yang dimaksudkan manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit. Jom saksikan
Sumber rujukan : http://www.businessinsider.my


10. Zhongguo Zun, Beijing, China 

Completion: 2018
The name comes from the zun, an ancient Chinese wine vessel that inspired the building design. After completion, the so-called “China Zun” will be Northern China’s second tallest building. 


9. CTF Finance Center, Guangzhou, China

Height1,739 feet, Floors: 111
Completion: 2016
CTF Finance Center, is a mixed-use tower under construction in Guangzhou, China. The CTF building will have the fastest elevators in the world at 45 miles per hour. It will take take 43 seconds to go from the first to the 95th floor, according to the BBC
 

8. Nordstrom Tower, New York, New York

Height1,775 feet, Floors: 92
Completion: 2018
225 West 57th Street is a residential project by Extell Development Company. The building will be the second tallest skyscraper in New York City as well as the US when it’s finished.


7. Lotte World Tower, Seoul, South Korea 

Height1,819 ft, Floors: 123
Completion: 2016
The Lotte World Tower is estimated to cost $1.25 billion, and will tower over the skyline of Seoul. The skyscraper took 13 years of planning and site preparation before it was approved in 2010 to begin construction.


6. Pearl of the North, Shenyang, China

Height: 1,863 Feet, Floors: 113
Completion: 2018 
The Pearl of the North will cost an estimated $1.6 billion and will be a mixed-used building in Shenyang, China. It will have 34 floors of offices as well as a 320-room five star luxury hotel,according to Architects Journal.

5. Goldin Finance 117, Tianjin, China

Height1,957 feet, Floors: 128
Completion: 2016
The Goldin Finance 117, also known as the China 117 Tower, is a skyscraper under construction in Tianjin, China. The building is estimated to cost over $820 million and will (of course) have 117 storeys.
 

4. Wuhan Greenland Centre, Wuhan, China
Height2,087 ft, Floors: 125
Completion: 2017
Wuhan Greenland Centre is an under-construction tower in Wuhan, China. The building is expected to cost around $4.5 billion and has energy-saving features.
 

3.Ping An Finance Center, Shenzhen, China 

Height2,165 feet, Floors: 115
Completion: 2016
Ping An Finance Center is under construction in Shenzhen, China. The tower will cost an estimated $678 million and will be one of the tallest building in the world when it’s finished in 2016. 


2. Suzhou Zhongnan Center, Suzhou, China 

Height2,392 ft, Floors: 138 
Completion: 2020 
The Suzhous Zhongnan Center is a skyscraper under construction in Suzhou, China. The project will cost an estimated $4.5 billion, and it will be the tallest building in China when it’s completed.  


1. Kingdom Tower, Jeddah, Saudi Arabia

Height: 3,281 feet, Floors: 167

Completion: 2018

Expected to cost $1.2 billion to construct, Kingdom Tower will be a mixed-use building with a luxury hotel, office space, serviced apartments, luxury condos, and the world’s highest observatory. 

The Tower will be built in Jeddah, Saudi Arabia and will soar over 550 feet taller than the  United Arab Emirates’ Burj Khalifa. The height of the Kingdom Tower will require the world’s most sophisticated elevator system, and the building will have a total of 59 elevators. 

When finished, it will become the tallest building in the world — but who knows for how long.


10 MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)

Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
    


2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)

Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.


3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)

Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.


4.Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)

Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.


5.Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.

6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.


7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)

Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.


8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)

Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.


9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)

Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.


10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)

Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.


SUMBER: www.therichest.com / sinarharian.com.my

Ahad, 12 April 2015

SINOPSIS FILEM CEO


Semalam aku layan cerita CEO. Kebetulan ada tayangkan kat TV...Huh, tak sangka best jugak cerita nie. Layan betul. Camnerlah aku tak tau kewujudan filem yang best camni.  ha ha..Rupanya filem nie filem 2014. Jauh ketinggalan zaman aku nie. Tu lah layan movie omputih jer. Memang pun. 
Aku kalau gi tengok wayang memang layan citer omputih jer.  Sebab kriteria pertama untuk aku ke pawagam adalah sebab nak tengok kesan dan teknik CGI movie tu jer. Isi filem lantaklah. Sebab aku peminat filem action dan sains fiksyen macam filem Transformes, LOTR , Avangers. 
Apapun filem CEO ni memang antara yang terbaik aku pernah tonton. Filem dia simple jer dan yang penting kelakar. Nora bagi 5 bintang!!!. 





SINOPSIS : (copy dari wikipedia)
CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group). Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar pizza lepasanUiTM yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja.Sufian sering diperlekehkan Puan Suraya (Tania Zainal), majikan restoran pizza. Firdaus (Mustaqim Mohamed Zaki), anak saudara kepada Tan Sri(Dato' Jalaluddin Hassan) pula merupakan pesaing ketat Adam.
Ketika Adam bertemujanji dengan kekasihnya,Adam bertemu dengan Aloy (Anas Ridzuan)[2][3]yang cuba menjual kasut kepadanya. Adam menghalau Aloy dan beg tangan kekasihnya telah diragut. Adam mengejar peragut tersebut sebelum peragut itu bertembung dengan Sufian. Peragut itu berjaya mloloskan diri dan beg tangan tersebut jatuh ke tangan Sufian. Niat baik Sufian untuk memulangkan semula beg tangan tersebut telah menyebabkan dirinya dituduh sebagai peragut oleh Adam. Sufian terpaksa bermalam di lokap.

Keesokkannya, Adam telah dituduh sebagai dalang kes kehilangan aset syarikat oleh peguam syarikat, Zara (Deanna Yusof)[4]. Hartanya dibekukan dan jawatannya dilucutkan manakala Zara telah membayar ikat jamin Sufian. Sufian dikejutkan dengan hakikat bahawa dirinnya merupakan pewaris kepada seorang pak cik yang menguasai syarikat ALAM Group. Nina (Cristina Suzanne), bekas setiausaha Adam ditugaskan untuk membantu Sufian menyesuaikan diri sebagai CEO, menggantikan Adam. Adam, yang masih terpingga-pingga akan nasib malang menimpa dirinya, telah meminta bantuan Aloy menyelesaikan misteri ini. Sufian pula, yang menerima durian runtuh, menikmati kesemua kemewahan bekas milik Adam bersama-sama rakan-rakannya, Husin (Fasyali Fadzly), Reza (Naque Ariffin) dan Syai (Kirin Muhammad).
Ketika Sufian meneroka pejabat bersama-sama Nina, mereka terperangkap di dalam pejabat Tan Sri dan telah terdengar perbualan Dato' bersama Firdaus akan perbuatan mereka menyingkirkan Adam kerana cuba mendedahkan rasuah yang berlaku dalam syarikat. Sufian dan Nina bertemu dengan Adam untuk menceritakan perkara yang sebenar di sebalik pemecatannya. Mereka bertiga kemudiannya berjaya mendedahkan perbuatan jahat Dato' kepada pihak polis. Penghujungnya, mereka menjadi pemilik Spa, perkongsian bersama antara Suffian, Adam, Nina, Aloy dan kawan Suffian.[5]
Ulasan
Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif mengenai filem ini. Kemalia Othman dari mstar memuji jalan cerita serta persembahan dari Remy Ishak.[6]Portal hiburan Gua.com.my pula memuji sinematografi filem ini.[7] Utusan Malaysia mengatakan "CEO bukan cerita korporat biasa."[8] Portal hiburan Ohbulan.com merumuskan filem ini dalam tiga perkataan, "Kelakar,spontan dan bijak."[9] Portal hiburan Rotikaya.com pula berpendapat filem ini "sebuah filem bertih jagung tempatan yang menghiburkan tanpa memaksa untuk ketawa pada tempat yang kena."[10]Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[11]


7 TABIAT KURANG SIHAT

Sumber : http://rapi.karangkraf.com/

i
Mungkin anda tidak sedar, apa yang anda lakukan seharian boleh membahayakan kesihatan. Memakai seluar jeans yang terlalu ketat, menyilangkan kaki ketika duduk atau mendengar ‘walkman’ semasa tidur. Kebiasaan inilah yang boleh meningkatkan risiko terkena penyakit tertentu.







TIDUR MENIARAP SEPANJANG MALAM

Elakkan dari tidur terlalu lama dalam posisi ini kerana leher anda boleh mengganggu peraliran darah. 

Posisi tidur yang baik adalah terlentang atau mengiring sambil memeluk bantal di antara kaki.


MENGENAKAN TALI PINGGANG TERLALU KETAT
Mengikat tali pinggang terlalu ketat juga boleh mengganggu sistem penghadaman anda dan akan menekan perut serta organ dalaman. 
Kesannya, proses penghadaman tidak berjalan dengan baik. Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan ukuran yang normal. 
Duduk dengan selesa, tidak membongkok dan bernafas dengan normal.


BEG TANGAN DI SISI
Kebanyakan anda membawa beg tangan yang disangkut di bahu pada sisi yang sama. Kebiasaan inilah yang mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan menyebabkan rasa sengal. Sebaiknya, jangan membawa barang terlalu banyak dalam beg dan keraplah berganti antara bahu kiri dan kanan.

TERUS LAKUKAN REGANGAN SELEPAS BANGUN TIDUR
Ketika bangun tidur, jangan terus melakukan regangan badan, kerana ni boleh merosakkan sendi pada tulang belakang. Kesannya anda mungkin akan berasa sakit pada bahagian punggung dan leher. Disarankan selepas bangun tidur, lebih baik anda terus bangun, berjalan di sekeliling rumah, minum air putih atau menggosok gigi.



KERAP MEMBONGKOK
Dengan membongkok, ia boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan member tekanan kepada tulang belikat anda.

MEMAKAI JEANS TERLALU KETAT


Skinny jeans atau jeans terlalu ketat memang menjadi trend sekarang ini. Namun, jika dipakai setiap hari, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana ia menghadkan gerakan badan anda dan merasa kurang selesa dengan aktiviti yang anda lakukan. Malah, jeans terlalu ketat juga berpotensi menekan pengaliran darah.

Tips hilangkan Jerawat badan.







Mandi sebelum tidur
Badan kita mudah terdedah dengan kekotoran yang terperangkap dengan peluh. Oleh itu, disarankan untuk seseorang itu mandi sebelum tidur bagi memastikan bakteria yang terperangkap dapat dihapuskan. Pastikan anda menggunakan produk mandian yang mempunyai fungsi merawat dan mempunyai elemen anti bakteria seperti pembersih badan dengan teh hijau.

Penggunaan krim dengan 10 peratus peroksida
Ini adalah langkah penting selepas mandi. Krim peroksida adalah bahan penting yang berupaya membunuh bakteria degil yang berada dalam liang-liang kecil pada kulit. Pada masa sama, ia turut menghalang jerawat atau masalah kulit lain daripada merebak dengan lebih teruk.

Tukar baju lebih kerap
Tukar pakaian lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari, pagi dan malam. Ini kerana, selain liang-liang kecil dalam badan, pakaian juga akan memerangkap bakteria yang hadir kerana peluh. Selain tukar pakaian, pastikan juga pakaian yang dipakai berada dalam keadaan bersih dan kerap dicuci.

Pemakanan seimbang
Walaupun dianggap klise, tetapi hakikatnya pengambilan makanan seimbang merupakan langkah utama bagi mendapatkan kulit yang sihat. Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi nutrien dan vitamin mencukupi, kurang minyak dan bahan tambahan lain. Perbanyakkan makan sayuran atau buah-buahan dan paling penting, minum air masak dengan mencukupi.

Skrab buah-buahan
Dapatkan skrab buah-buahan dan sapukan pada bahagian badan yang berjerawat bagi mengeluarkan sisa-sisa kotoran dari kulit anda. Amalkan petua ini beberapa kali seminggu dan teruskan selama tiga bulan. Untuk memudahkan proses ini, anda boleh buat rawatan skrab di spa atau pusat kecantikan.

LALUAN BASIKAL DI KUALA LUMPUR?

KUALA LUMPUR 6 April – Laluan basikal sepanjang 5.5 kilometer yang menyelusuri pinggir Sungai Klang dari Dataran Merdeka ke Mid Valley akan dibuka kepada orang ramai pada 16 April ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, laluan tersebut diper­kenalkan bukan sahaja untuk tujuan rekreasi tetapi juga sebagai laluan ke tempat kerja.

“Secara simboliknya pada hari perasmian saya akan berbasikal dari Mid Valley ke ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut bersama-sama beberapa pegawai saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Terdahulu beliau berbasikal dari Dataran Merdeka ke Mid Valley bagi menjalankan pemeriksaan akhir di laluan tersebut sempena Program Kuala Lumpur Pagi Bebas Kenderaan.

Yang turut hadir Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengarah Pelaksana­an Projek dan Penyelenggaraan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. Ahmad Phesal berkata, DBKL akan menempatkan seramai 40 pegawai dan penguat kuasa berbasikal bagi tujuan keselamatan dan keselesaan kepada penunggang.

Projek laluan basikal menghubungkan Dataran Merdeka ke Mid Valley yang bernilai kira-kira RM700,000 merupakan salah satu daripada tiga projek laluan basikal dalam perancangan DBKL.

Dua lagi projek adalah di Wangsa Maju ke Taman Melati dan Taman Batu Muda, masing-masing bernilai RM1.4 juta dan RM900,000.

Menurutnya, tujuan lain beliau berbasikal pada hari perasmian laluan tersebut juga sebagai tanda menghargai sokongan kira-kira 697 pemilik bangunan di sekitar bandar raya menutup lampu selama satu jam bagi menjayakan Earth Hour 2015, baru-baru ini.