“Secara simboliknya pada hari perasmian saya akan berbasikal dari Mid Valley ke ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut bersama-sama beberapa pegawai saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Terdahulu beliau berbasikal dari Dataran Merdeka ke Mid Valley bagi menjalankan pemeriksaan akhir di laluan tersebut sempena Program Kuala Lumpur Pagi Bebas Kenderaan.

Yang turut hadir Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengarah Pelaksana­an Projek dan Penyelenggaraan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. Ahmad Phesal berkata, DBKL akan menempatkan seramai 40 pegawai dan penguat kuasa berbasikal bagi tujuan keselamatan dan keselesaan kepada penunggang.

Projek laluan basikal menghubungkan Dataran Merdeka ke Mid Valley yang bernilai kira-kira RM700,000 merupakan salah satu daripada tiga projek laluan basikal dalam perancangan DBKL.

Dua lagi projek adalah di Wangsa Maju ke Taman Melati dan Taman Batu Muda, masing-masing bernilai RM1.4 juta dan RM900,000.

Menurutnya, tujuan lain beliau berbasikal pada hari perasmian laluan tersebut juga sebagai tanda menghargai sokongan kira-kira 697 pemilik bangunan di sekitar bandar raya menutup lampu selama satu jam bagi menjayakan Earth Hour 2015, baru-baru ini.