Rabu, 10 Jun 2015

TIPS MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK



Majlis hari jadi, antara saat paling terbesar di dalam jadual setiap ibu bapa sepanjang tahun. Telah menjadi tanggungjawab tuan rumah memastikan parti itu meriah tanpa masalah dan selamat. Apa yang paling sukar dielak, apabila anak anda akan mengalami ‘sugar high’ dengan hidangan makanan yang manis, serta ketidak hadiran ibu bapa di saat-saat akhir. Malah, dalam satu kejadian yang pernah berlaku, apabila ibu kanak-kanak berusia 5 tahun itu, telah menghantar invois (ya, invois) kepada ibu bapa kanak-kanak yang tidak hadir untuk majlis hari jadi anak mereka.

Dahsyat bukan? Jadi di sini, ada beberapa etika sebelum, semasa dan selepas majlis untuk kita fikir. Mungkin berguna sekiranya anak anda dijemput ke majlis harijadi kanak-kanak kenalan anda:
 
SEBELUM PARTI
Jemputan: 
Sentiasa, RSVP secepat yang anda boleh, walaupun sukar membuat keputusan, tetapi ianya dapat membantu tuan rumah membuat persediaan termasuk mengira kos masuk setiap jemputan yang hadir, makanan, minuman, goodie-bags, malah ada setengah parti yang mengenakan kos yang agak mahal terutama sesetengah tempat yang mengenakan cas setiap kepala. Parti harijadi memang bukan sesuatu yang murah.
 
Tidak Hadir: 
Walau bagaimanapun, jika anak anda tidak jadi hadir di saat-saat akhir, jalan terbaik adalah untuk memberitahu tuan rumah dengan segera.
 
Adik-beradik: 
Elakkan membawa adik beradik yang lain di majlis harijadi tersebut  kerana sekali lagi, parti hari jadi memerlukan kos yang tinggi ‘sekepala’ walaupun anda berniat untuk memberitahu tuan rumah kemudian.
 
Pilih Hadiah: 
Lebih baik minta pendapat tentang hadiah yang ingin dibeli, boleh juga memberi idea tentang hadiah yang dihajati oleh kanak-kanak yang ingin diraikan. 
 
SEMASA PARTI
Jangan Menghantar Saja: Ibu bapa perlu bersama anak mereka sehingga parti selesai. Sebuah parti boleh bertukar menjadi cukup huru-hara jika kanak-kanak dibiarkan sendirian dan terlalu berbahaya tanpa pengawasan. Setiap ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka sendiri, kerana tuan rumah perlu memberi tumpuan kepada perkara lain dan bukannya menjadi penjaga kepada lebih 30 orang kanak-kanak seperti di dalam keadaan sebuah tadika.
 
Bermain Bersama: 
Sangat digalakkan untuk mengajar anak anda supaya memberi layanan istimewa buat kanak-kanak yang diraikan, terutamanya dalam mendahulukan kanak-kanak tersebut sewaktu bermain permainan.
 
Kek Hari Jadi: 
Sewaktu acara meniup lilin, anda boleh mengajar anak anda dengan memberi tips supaya meniup lilin dengan cara yang terbaik, sewaktu memerhatikan kawan-kawannya meniup lilin di majlis hari jadi mereka. Ini boleh mengajar mereka bersedia apabila tiba majlis mereka sendiri nanti.
 
SELEPAS PARTI
Tawarkan Diri: 
Walaupun tak perlu membersihkan kawasan parti 100%, apa salahnya jika cuba membersihkan persekitaran anak anda selepas makan.
 
Segera Pulang: 
Habis saja majlis, jangan tunggu lama. Lebih cepat anda balik, lebih cepat tuan rumah sempat membersihkan kawasan majlis yang kadang-kadang dibayar, mengikut kadar tempahan pada masa yang terhad.
Oleh Norbee Ghani . Sumber dari www.makchic.com / website sinarfm.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan