Ahad, 12 April 2015

SINOPSIS FILEM CEO


Semalam aku layan cerita CEO. Kebetulan ada tayangkan kat TV...Huh, tak sangka best jugak cerita nie. Layan betul. Camnerlah aku tak tau kewujudan filem yang best camni.  ha ha..Rupanya filem nie filem 2014. Jauh ketinggalan zaman aku nie. Tu lah layan movie omputih jer. Memang pun. 
Aku kalau gi tengok wayang memang layan citer omputih jer.  Sebab kriteria pertama untuk aku ke pawagam adalah sebab nak tengok kesan dan teknik CGI movie tu jer. Isi filem lantaklah. Sebab aku peminat filem action dan sains fiksyen macam filem Transformes, LOTR , Avangers. 
Apapun filem CEO ni memang antara yang terbaik aku pernah tonton. Filem dia simple jer dan yang penting kelakar. Nora bagi 5 bintang!!!. 





SINOPSIS : (copy dari wikipedia)
CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group). Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar pizza lepasanUiTM yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja.Sufian sering diperlekehkan Puan Suraya (Tania Zainal), majikan restoran pizza. Firdaus (Mustaqim Mohamed Zaki), anak saudara kepada Tan Sri(Dato' Jalaluddin Hassan) pula merupakan pesaing ketat Adam.
Ketika Adam bertemujanji dengan kekasihnya,Adam bertemu dengan Aloy (Anas Ridzuan)[2][3]yang cuba menjual kasut kepadanya. Adam menghalau Aloy dan beg tangan kekasihnya telah diragut. Adam mengejar peragut tersebut sebelum peragut itu bertembung dengan Sufian. Peragut itu berjaya mloloskan diri dan beg tangan tersebut jatuh ke tangan Sufian. Niat baik Sufian untuk memulangkan semula beg tangan tersebut telah menyebabkan dirinya dituduh sebagai peragut oleh Adam. Sufian terpaksa bermalam di lokap.

Keesokkannya, Adam telah dituduh sebagai dalang kes kehilangan aset syarikat oleh peguam syarikat, Zara (Deanna Yusof)[4]. Hartanya dibekukan dan jawatannya dilucutkan manakala Zara telah membayar ikat jamin Sufian. Sufian dikejutkan dengan hakikat bahawa dirinnya merupakan pewaris kepada seorang pak cik yang menguasai syarikat ALAM Group. Nina (Cristina Suzanne), bekas setiausaha Adam ditugaskan untuk membantu Sufian menyesuaikan diri sebagai CEO, menggantikan Adam. Adam, yang masih terpingga-pingga akan nasib malang menimpa dirinya, telah meminta bantuan Aloy menyelesaikan misteri ini. Sufian pula, yang menerima durian runtuh, menikmati kesemua kemewahan bekas milik Adam bersama-sama rakan-rakannya, Husin (Fasyali Fadzly), Reza (Naque Ariffin) dan Syai (Kirin Muhammad).
Ketika Sufian meneroka pejabat bersama-sama Nina, mereka terperangkap di dalam pejabat Tan Sri dan telah terdengar perbualan Dato' bersama Firdaus akan perbuatan mereka menyingkirkan Adam kerana cuba mendedahkan rasuah yang berlaku dalam syarikat. Sufian dan Nina bertemu dengan Adam untuk menceritakan perkara yang sebenar di sebalik pemecatannya. Mereka bertiga kemudiannya berjaya mendedahkan perbuatan jahat Dato' kepada pihak polis. Penghujungnya, mereka menjadi pemilik Spa, perkongsian bersama antara Suffian, Adam, Nina, Aloy dan kawan Suffian.[5]
Ulasan
Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif mengenai filem ini. Kemalia Othman dari mstar memuji jalan cerita serta persembahan dari Remy Ishak.[6]Portal hiburan Gua.com.my pula memuji sinematografi filem ini.[7] Utusan Malaysia mengatakan "CEO bukan cerita korporat biasa."[8] Portal hiburan Ohbulan.com merumuskan filem ini dalam tiga perkataan, "Kelakar,spontan dan bijak."[9] Portal hiburan Rotikaya.com pula berpendapat filem ini "sebuah filem bertih jagung tempatan yang menghiburkan tanpa memaksa untuk ketawa pada tempat yang kena."[10]Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[11]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan