Jumaat, 19 Jun 2015

Rabu, 10 Jun 2015

UNIFORM SEKOLAH SERATA DUNIA

South Africa

Australia

China

Cuba

England

Philipines

Honduras

Hong Kong

India

Indonesia

Japan

Kenya

Malaysia

Nepal

Nigeria

Singapore

Sri Lanka

Syiria

Thailand

Uzbekistan

Vietnam

POLITIK OFIS

Pantang melihat kejayaan rakan sekerja yang lain, awal-awal dia sudah cucuk jarum. Politik pejabat sinonim dengan bergosip dan sabotaj. Yang pasti, anda mempunyai pilihan untuk terbabit atau tidak dengan politik pejabat. Percaya atau tidak, politik pejabat mirip kepada permainan. Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk menghapuskan suasana politik pejabat yang kotor. Namun masih ada cara untuk meminimumkan politik pejabat itu atau meringankan pembabitan tidak langsung anda.

Memang tak seronok jika setiap hari menghadap muka mereka yang bijak mengatur permainan politik ini. Kalau diberi pilihan, sudah tentu kita hendak bekerja dengan rasa aman damai tanpa gang­guan negatif yang boleh menyebabkan kerja menjadi tidak produktif.Jadi, bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat anda?



Konfrontasi secara langsung

Elakkan kaedah konfrontasi (pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini. Jika anda tersilap langkah, ini akan mengundang risiko ke atas diri anda, tambahan pula ada yang mempunyai ‘kabel’ besar dengan majikan. Jika ada yang cuba untuk membalas dendam atau sebagainya, cubalah dapatkan bantuan daripada pihak yang anda benar-benar percaya saja.

Berjumpa pengurusan

Berjumpa pihak pengurusan atau bahagian Sumber Manusia. Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan, terutama jika rakan kerja yang terbabit mendapat sokongan daripada majikannya. Jika anda mempunyai bukti yang anda dianiaya, jangan keberatan untuk bertemu pihak pengurusan.

Jangan hipokrit

Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100 peratus, tapi itu tidak bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka. Kita kena pandai untuk tidak melayan mereka yang bergosip kotor dan menikam orang dari belakang. Mungkin kita kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tapi kita harus menapis mana baik dan mana buruk.

Tabah

Terus terang, kita mesti tidak senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita harus tabah untuk menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu. Sememangnya, mereka yang terbabit dengan politik pejabat mempunyai pelbagai cara untuk menjatuhkan orang lain. Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita, jadi jangan biarkan mereka menang. Berdiri teguh ketika berhadapan dengan politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.

Kawal musuh dengan baik

Kalau tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah menyatakan, hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi kawan anda iaitu anda sendiri. Musuh kita adalah sahabat kita kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita. Kenal pasti siapa menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah orang yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? Jawatan mereka? Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka untuk menjadi benteng anda.

Anggap politik pejabat adalah ­normal

Jangan dikusutkan sangat kepala dengan masalah birokrasi, gosip liar dan sebagainya. Mereka yang terbabit dengan politik pejabat ini sebenarnya manusia biasa juga. Mungkin tabiat dari luar yang dibawa ke pejabat yang menyebabkan suasana pejabat tidak mesra. Umpat-mengumpat, menjatuhkan orang lain, bodek-membodek dan ada kumpulan sendiri adalah sesuatu yang normal dalam pejabat, cuma kita kena pandai kawal.  Pastikan juga kita tidak menggunakan ‘politik pejabat’ sebagai alasan untuk menutup kekurangan diri.

Sumber : myMetro

TIPS MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK



Majlis hari jadi, antara saat paling terbesar di dalam jadual setiap ibu bapa sepanjang tahun. Telah menjadi tanggungjawab tuan rumah memastikan parti itu meriah tanpa masalah dan selamat. Apa yang paling sukar dielak, apabila anak anda akan mengalami ‘sugar high’ dengan hidangan makanan yang manis, serta ketidak hadiran ibu bapa di saat-saat akhir. Malah, dalam satu kejadian yang pernah berlaku, apabila ibu kanak-kanak berusia 5 tahun itu, telah menghantar invois (ya, invois) kepada ibu bapa kanak-kanak yang tidak hadir untuk majlis hari jadi anak mereka.

Dahsyat bukan? Jadi di sini, ada beberapa etika sebelum, semasa dan selepas majlis untuk kita fikir. Mungkin berguna sekiranya anak anda dijemput ke majlis harijadi kanak-kanak kenalan anda:
 
SEBELUM PARTI
Jemputan: 
Sentiasa, RSVP secepat yang anda boleh, walaupun sukar membuat keputusan, tetapi ianya dapat membantu tuan rumah membuat persediaan termasuk mengira kos masuk setiap jemputan yang hadir, makanan, minuman, goodie-bags, malah ada setengah parti yang mengenakan kos yang agak mahal terutama sesetengah tempat yang mengenakan cas setiap kepala. Parti harijadi memang bukan sesuatu yang murah.
 
Tidak Hadir: 
Walau bagaimanapun, jika anak anda tidak jadi hadir di saat-saat akhir, jalan terbaik adalah untuk memberitahu tuan rumah dengan segera.
 
Adik-beradik: 
Elakkan membawa adik beradik yang lain di majlis harijadi tersebut  kerana sekali lagi, parti hari jadi memerlukan kos yang tinggi ‘sekepala’ walaupun anda berniat untuk memberitahu tuan rumah kemudian.
 
Pilih Hadiah: 
Lebih baik minta pendapat tentang hadiah yang ingin dibeli, boleh juga memberi idea tentang hadiah yang dihajati oleh kanak-kanak yang ingin diraikan. 
 
SEMASA PARTI
Jangan Menghantar Saja: Ibu bapa perlu bersama anak mereka sehingga parti selesai. Sebuah parti boleh bertukar menjadi cukup huru-hara jika kanak-kanak dibiarkan sendirian dan terlalu berbahaya tanpa pengawasan. Setiap ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka sendiri, kerana tuan rumah perlu memberi tumpuan kepada perkara lain dan bukannya menjadi penjaga kepada lebih 30 orang kanak-kanak seperti di dalam keadaan sebuah tadika.
 
Bermain Bersama: 
Sangat digalakkan untuk mengajar anak anda supaya memberi layanan istimewa buat kanak-kanak yang diraikan, terutamanya dalam mendahulukan kanak-kanak tersebut sewaktu bermain permainan.
 
Kek Hari Jadi: 
Sewaktu acara meniup lilin, anda boleh mengajar anak anda dengan memberi tips supaya meniup lilin dengan cara yang terbaik, sewaktu memerhatikan kawan-kawannya meniup lilin di majlis hari jadi mereka. Ini boleh mengajar mereka bersedia apabila tiba majlis mereka sendiri nanti.
 
SELEPAS PARTI
Tawarkan Diri: 
Walaupun tak perlu membersihkan kawasan parti 100%, apa salahnya jika cuba membersihkan persekitaran anak anda selepas makan.
 
Segera Pulang: 
Habis saja majlis, jangan tunggu lama. Lebih cepat anda balik, lebih cepat tuan rumah sempat membersihkan kawasan majlis yang kadang-kadang dibayar, mengikut kadar tempahan pada masa yang terhad.
Oleh Norbee Ghani . Sumber dari www.makchic.com / website sinarfm.