Pantang melihat kejayaan rakan
sekerja yang lain, awal-awal dia sudah cucuk jarum. Politik pejabat sinonim
dengan bergosip dan sabotaj. Yang pasti, anda mempunyai pilihan untuk terbabit
atau tidak dengan politik pejabat. Percaya atau tidak, politik pejabat mirip
kepada permainan. Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk menghapuskan suasana
politik pejabat yang kotor. Namun masih ada cara untuk meminimumkan politik
pejabat itu atau meringankan pembabitan tidak langsung anda.
Memang tak seronok jika setiap
hari menghadap muka mereka yang bijak mengatur permainan politik ini. Kalau
diberi pilihan, sudah tentu kita hendak bekerja dengan rasa aman damai tanpa
gangguan negatif yang boleh menyebabkan kerja menjadi tidak produktif.Jadi,
bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat anda?
Elakkan kaedah konfrontasi
(pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini.
Jika anda tersilap langkah, ini akan mengundang risiko ke atas diri anda,
tambahan pula ada yang mempunyai ‘kabel’ besar dengan majikan. Jika ada yang
cuba untuk membalas dendam atau sebagainya, cubalah dapatkan bantuan daripada
pihak yang anda benar-benar percaya saja.
Berjumpa pengurusan
Berjumpa pihak pengurusan atau
bahagian Sumber Manusia. Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan, terutama
jika rakan kerja yang terbabit mendapat sokongan daripada majikannya. Jika anda
mempunyai bukti yang anda dianiaya, jangan keberatan untuk bertemu pihak
pengurusan.
Kita mungkin tidak dapat
menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100 peratus, tapi itu tidak
bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka. Kita kena pandai untuk tidak
melayan mereka yang bergosip kotor dan menikam orang dari belakang. Mungkin kita
kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tapi kita harus
menapis mana baik dan mana buruk.
Tabah
Terus terang, kita mesti tidak
senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita harus tabah untuk
menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu.
Sememangnya, mereka yang terbabit dengan politik pejabat mempunyai pelbagai
cara untuk menjatuhkan orang lain. Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita,
jadi jangan biarkan mereka menang. Berdiri teguh ketika berhadapan dengan
politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.
Kawal musuh dengan baik
Kalau tidak ada musuh jangan cari
musuh. Ada pepatah menyatakan, hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat
menjadi kawan anda iaitu anda sendiri. Musuh kita adalah sahabat kita kerana
dialah yang menunjukkan kesalahan kita. Kenal pasti siapa menjadi musuh anda
dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah orang yang tidak
suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? Jawatan mereka?
Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang
yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri.
Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka
untuk menjadi benteng anda.
Anggap politik pejabat adalah
normal
Sumber : myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan