Rabu, 26 Ogos 2015
Jumaat, 19 Jun 2015
MUNGKINKAH INI UNIFORM ASKAR PADA MASA HADAPAN?
Gambaran artis tentang future soldier..Selalu tengok dalam filem sains fiksyen saja. Mungkin zaman ni lebih ramai yang
berminat nak jadi askar.
Khamis, 18 Jun 2015
Rabu, 10 Jun 2015
UNIFORM SEKOLAH SERATA DUNIA
POLITIK OFIS
Pantang melihat kejayaan rakan
sekerja yang lain, awal-awal dia sudah cucuk jarum. Politik pejabat sinonim
dengan bergosip dan sabotaj. Yang pasti, anda mempunyai pilihan untuk terbabit
atau tidak dengan politik pejabat. Percaya atau tidak, politik pejabat mirip
kepada permainan. Malangnya, tidak ada cara ajaib untuk menghapuskan suasana
politik pejabat yang kotor. Namun masih ada cara untuk meminimumkan politik
pejabat itu atau meringankan pembabitan tidak langsung anda.
Memang tak seronok jika setiap
hari menghadap muka mereka yang bijak mengatur permainan politik ini. Kalau
diberi pilihan, sudah tentu kita hendak bekerja dengan rasa aman damai tanpa
gangguan negatif yang boleh menyebabkan kerja menjadi tidak produktif.Jadi,
bagaimanakah caranya untuk mengelakkan politik pejabat di tempat anda?
Elakkan kaedah konfrontasi
(pertentangan dan perselisihan) yang boleh merangsang perlakuan tidak diingini.
Jika anda tersilap langkah, ini akan mengundang risiko ke atas diri anda,
tambahan pula ada yang mempunyai ‘kabel’ besar dengan majikan. Jika ada yang
cuba untuk membalas dendam atau sebagainya, cubalah dapatkan bantuan daripada
pihak yang anda benar-benar percaya saja.
Berjumpa pengurusan
Berjumpa pihak pengurusan atau
bahagian Sumber Manusia. Pilihan ini mempunyai beberapa keterbatasan, terutama
jika rakan kerja yang terbabit mendapat sokongan daripada majikannya. Jika anda
mempunyai bukti yang anda dianiaya, jangan keberatan untuk bertemu pihak
pengurusan.
Kita mungkin tidak dapat
menyelesaikan semua masalah politik pejabat 100 peratus, tapi itu tidak
bermakna kita harus terikut-ikut seperti mereka. Kita kena pandai untuk tidak
melayan mereka yang bergosip kotor dan menikam orang dari belakang. Mungkin kita
kerap terdengar beberapa perbualan yang tidak menyenangkan tapi kita harus
menapis mana baik dan mana buruk.
Tabah
Terus terang, kita mesti tidak
senang hati sekiranya sering dikhianati tetapi kita harus tabah untuk
menghadapi semua ini dan jangan biarkan kerja kita turut terganggu.
Sememangnya, mereka yang terbabit dengan politik pejabat mempunyai pelbagai
cara untuk menjatuhkan orang lain. Tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan kita,
jadi jangan biarkan mereka menang. Berdiri teguh ketika berhadapan dengan
politik pejabat yang direka untuk menyakiti kita.
Kawal musuh dengan baik
Kalau tidak ada musuh jangan cari
musuh. Ada pepatah menyatakan, hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat
menjadi kawan anda iaitu anda sendiri. Musuh kita adalah sahabat kita kerana
dialah yang menunjukkan kesalahan kita. Kenal pasti siapa menjadi musuh anda
dan mereka yang berpotensi membenci anda. Mereka ini adalah orang yang tidak
suka anda naik. Apa kekuatan mereka? Dari mana kekuatan itu datang? Jawatan mereka?
Sekuat mana pengaruh mereka? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang
yang dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri.
Anda juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda dan menggunakan kelemahan mereka
untuk menjadi benteng anda.
Anggap politik pejabat adalah
normal
Sumber : myMetro
TIPS MAJLIS HARI JADI KANAK-KANAK
Majlis hari jadi, antara saat paling terbesar di dalam jadual setiap ibu bapa sepanjang tahun. Telah menjadi tanggungjawab tuan rumah memastikan parti itu meriah tanpa masalah dan selamat. Apa yang paling sukar dielak, apabila anak anda akan mengalami ‘sugar high’ dengan hidangan makanan yang manis, serta ketidak hadiran ibu bapa di saat-saat akhir. Malah, dalam satu kejadian yang pernah berlaku, apabila ibu kanak-kanak berusia 5 tahun itu, telah menghantar invois (ya, invois) kepada ibu bapa kanak-kanak yang tidak hadir untuk majlis hari jadi anak mereka.
Dahsyat bukan? Jadi di sini, ada beberapa etika sebelum, semasa dan selepas majlis untuk kita fikir. Mungkin berguna sekiranya anak anda dijemput ke majlis harijadi kanak-kanak kenalan anda:
SEBELUM PARTI
Jemputan:
Sentiasa, RSVP secepat yang anda boleh, walaupun sukar membuat keputusan, tetapi ianya dapat membantu tuan rumah membuat persediaan termasuk mengira kos masuk setiap jemputan yang hadir, makanan, minuman, goodie-bags, malah ada setengah parti yang mengenakan kos yang agak mahal terutama sesetengah tempat yang mengenakan cas setiap kepala. Parti harijadi memang bukan sesuatu yang murah.
Tidak Hadir:
Walau bagaimanapun, jika anak anda tidak jadi hadir di saat-saat akhir, jalan terbaik adalah untuk memberitahu tuan rumah dengan segera.
Adik-beradik:
Elakkan membawa adik beradik yang lain di majlis harijadi tersebut kerana sekali lagi, parti hari jadi memerlukan kos yang tinggi ‘sekepala’ walaupun anda berniat untuk memberitahu tuan rumah kemudian.
Pilih Hadiah:
Lebih baik minta pendapat tentang hadiah yang ingin dibeli, boleh juga memberi idea tentang hadiah yang dihajati oleh kanak-kanak yang ingin diraikan.
SEMASA PARTI
Jangan Menghantar Saja: Ibu bapa perlu bersama anak mereka sehingga parti selesai. Sebuah parti boleh bertukar menjadi cukup huru-hara jika kanak-kanak dibiarkan sendirian dan terlalu berbahaya tanpa pengawasan. Setiap ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka sendiri, kerana tuan rumah perlu memberi tumpuan kepada perkara lain dan bukannya menjadi penjaga kepada lebih 30 orang kanak-kanak seperti di dalam keadaan sebuah tadika.
Bermain Bersama:
Sangat digalakkan untuk mengajar anak anda supaya memberi layanan istimewa buat kanak-kanak yang diraikan, terutamanya dalam mendahulukan kanak-kanak tersebut sewaktu bermain permainan.
Kek Hari Jadi:
Sewaktu acara meniup lilin, anda boleh mengajar anak anda dengan memberi tips supaya meniup lilin dengan cara yang terbaik, sewaktu memerhatikan kawan-kawannya meniup lilin di majlis hari jadi mereka. Ini boleh mengajar mereka bersedia apabila tiba majlis mereka sendiri nanti.
SELEPAS PARTI
Tawarkan Diri:
Walaupun tak perlu membersihkan kawasan parti 100%, apa salahnya jika cuba membersihkan persekitaran anak anda selepas makan.
Segera Pulang:
Habis saja majlis, jangan tunggu lama. Lebih cepat anda balik, lebih cepat tuan rumah sempat membersihkan kawasan majlis yang kadang-kadang dibayar, mengikut kadar tempahan pada masa yang terhad.
Oleh Norbee Ghani . Sumber dari www.makchic.com / website sinarfm.
Langgan:
Catatan (Atom)

















































